Tamrin Abdul Ghafar
Tamrin Abdul Ghafar

Tamrin Abdul Ghafar

Dato' Mohd.Tamrin bin Tun Abdul Ghafar adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka dari tahun 1986 hingga 1995. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi MARA dari tahun 1991 hingga 1993. Beliau turut bersama menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka dengan Tengku Razaleigh Hamzah; Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir ; Datuk Zaid Ibrahim ; Datuk Seri Ong Tee Keat;Datuk S. Subramaniam ; Datuk Seri Wilfred Bumburing; Datuk Seri Bujang Ulis; Datuk Mazlan Harun ;dan Datuk Seri Daniel Tajem.[1]Pada 12 Ogos 2012 beliau secara rasminya menyertai PAS. Bekas MP Umno yang sering kelihatan di program anjuran PAS berkata, beliau membuat keputusan tersebut selepas memikirkan perkara itu untuk sekian lama.[2]